SARDIN BUJANG LAPOK


Dsc00150

Resepi org bujang bila tengah bulan...


Bahan-bahan ( 2 Orang makan )

  • 1 tin sardin asingkan isi dengan kuah
  • 1/2 labu bawang besar dipotong kasar
  • 2 ulas bawang putih dicincang
  • 1 cm lengkuas ditumbuk
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 200ml air
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • Daun sup
  • Minyak masak

Cara-cara

  • Tumis bawang besar dan bawang putih hingga harum.
  • Masukkan lengkuas sambil dikacau sehingga harum.
  • Masukkan ikan sardin dan kacau perlahan-lahan di atas api sederhana.
  • Masukkan kuah sardin,kicap,sos tomato dan air.Didihkan.
  • Masukkan garam dan serbuk cili dan kacau.
  • Taburkan daun sup yang diracik kasar dan biarkan layu sedikit.
  • Bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

0 comments:

Post a Comment