LOMPANG BERLAUK


Picture0073new

fatini_sfm@myresipi.com

Bahan-bahan ( lebih dari 2o biji lompang kecil )

  • 150 gram tepung beras
  • 50 gram tepung jagung
  • 300 ml santan
  • 400 ml air
  • 200 gram keladi yg. dah bersih dan dikiubkan
  • segenggam udang kering
  • sebiji bawang besar
  • sedikit daun sop, daun bawang bawang goreng, dan cili merah
  • sos cili secukupnya

Cara-cara

  1. bancuh tepung2 dengan santan dan air dan ditapis
  2. ubi keladi kiub di celur separuh masak
  3. kisar udang kering dan bawang besar kemudian di tumis hingga wangi
  4. daun sop, daun bawang dan cili di hiris halus
  5. masak sebentar bancuhan tepung agak2 hingga naik wap masukan ramuan udang kering yg ditumis
  6. masukan sedikit bahan2 yg dihiris tadi, lebihan nya untuk ditabur sebagai hiasan
  7. acuan lompang dipanaskan dulu, dan kukus lebih kurang 20 minit kalau takder acuan lompang boleh guna loyang biasa
  8. sejukkan baru dikeluarkan dari acuan, letakkan sos cili dan tabur lah daun bawang daun sop dan bawang goreng

0 comments:

Post a Comment