RENDANG RUSA MASAK MINANG


Img_0210

daging lembu/ayam/kambing pun boleh juge...

Bahan-bahan ( 4 org )

  • 300 gm daging rusa (atau daging pilihan)
  • 1 biji kelapa (santan)
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 batang serai - diketuk
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit - diracik halus
  • Sedikit minyak
  • Garam & gula secukup rasa

BAHAN KISAR

  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 10 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili padi
  • 5 tangkai cili kering

Cara-cara

  • Potong daging mengikut urat selebar 2cm atau bentuk kiub. Bersihkan dan tos airnya.
  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  • Masukkan daging dan gaul sebati. Kemudian masukkan santan, serai dan daun kunyit. Kacau perlahan-lahan.
  • Bila hampir kering, masukkan kerisik. Tambah garam dan gula secukup rasa.
  • Akhir sekali masukkan daun limau purut. Masak lagi dalam 5 minit atau hingga daging empuk. Biar lama sikit atas api jika mahukan rendang yang agak kering.
  • NOTA : Kebetulan dapat daging rusa. Petua ibu, daging rusa enak dimasak menggunakan resepi berempah supaya hilang bau daun kayu (rusa makan daun). Rusa haiwan berlari i.e dagingnya padat, takde lemak lansung, tapi memang enak! Selamat mencuba! :-)

0 comments:

Post a Comment