MARSHMALLOWS

P3100170

jom kita buat homemade marshmallow.. :)


Bahan-bahan ( Bergantung pada saiz potongan )

  • 1/4 cawan tepung jagung**
  • 1/3 cawan confectioner sugar **
  • 21gm gelatin
  • 1/3 cawan air
  • 2/3 cawan gula
  • 1/2 cawan corn syrup (glucose syrup)
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • pewarna (optional)

Cara-cara

  • Ayakl tepung jagung bersama confectioner sugar, ketepikan buat sementara.
  • Satukan gelatin bersama air, biarkan terendam selama 5 minit.
  • Kemudian masukkan gula, panaskan dengan api kecil sehingga gula larut.
  • Dalam bekas lain, satukan bancuhan gelatin tadi, corn syrup, vanilla, garam dan pewarna. Pukul dengan speed paling laju selama 15 minit.
  • Sediakan loyang 8x8 inci. Sapukan sedikit minyak, kemudian taburkan tepung jagung & confectioner sugat tadi. taburkan pada dasar & bahagian teping loyang.
  • Tuang bancuhan ke dalam loyang, kemudian biarkan mengeras sehingga 2 jam.
  • Bila dah ready, potong dengan pisau basah ataupun terap dengan acuan yang telah dibasahkan dengan air.
  • Salutkan dengan lebihan tepung jagung & sugar tadi.
  • Biarkan betul2 kering baru simpan dalam botol kedap udara.

0 comments:

Post a Comment