MEE REBUS UDANG


Ayam_001

Mee rebus udang ala Singapura sesuai utk jamuan dan rumah terbuka

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 500 g mee kuning
  • 2 keping tauhu, digoreng dan dihiris
  • 3 - 4 biji telur rebus, dibelah dua
  • Limau kasturi secukupnya
  • Taugeh, dibuang ekor dan dicelur
  • 2 - 3 kelopak salad kobis, dihiris halus
  • Hirisan cili hijau dan merah
  • Bawang goreng dan hirisan daun sup/bawang
  • 250 g udang sederhana besar

BAHAN-BAHAN UTK KUAH:-

  • 3 ulas bawang putih*
  • 6 biji bawang merah kecil*
  • 1/2 cm halia*
  • 2 camca besar udang kering, direndam 10 minit dan toskan*
  • 2 camca besar taucu, dicuci dan toskan*(*dikisar halus)
  • 2 camca besar rempah kari ikan, dibancuh dgn sedikit air
  • 1 batang serai, dititik
  • 1 inci lengkuas, dititik
  • 3 biji kentang, direbus hingga empuk dan dilecek halus
  • 1 camca besar tepung gandum,dibancuh dgn sedikit air. (optional)
  • 1 biji tomato, dibelah empat

Cara-cara


Ayam_002
  • Cuci udang, kupas kulitnya dan asingkan isinya.
  • Dalam periuk tuang sedikit minyak dan goreng kulit udang hingga kemerahan.
  • Tuang air (anggaran 1.5 liter), masukkan belahan bawang besar, dan lobak merah (jika ada). Renih 30 minit utk mendapatkan stok udang.
  • Buang kotoran yg timbul (seakan2 buih bewarna merah ketika mendidih atau dipanggil "scum"). Ketepikan
  • Dalam periuk lain, tuang 1/2 cawan minyak masak, goreng udang yg tlh dikopek selama seminit. Angkat dan toskan.
  • Dgn minyak yg sama masukkan serai dan lengkuas diikuti bhn2 kisar dan rempah kari. Tumis hingga terbit minyak.
  • Tuangkan air rebusan udang, kentang lecek dan belahan tomato.
  • Perasakkan dgn garam dan gula secukupnya. Masak hingga kuah pekat.
  • Boleh dimasukkan bancuhan tepung gandum jika kuah kurang pekat.
  • Angkat dan boleh dihidangkan bersama mee.(kuah bergantung pada keperluan masing2)

UTK MENGHIDANG:-

  • Celur mee dan masukkan ke dalam mangkuk, susun tauhu dan tauge. tuang kuah hingga 3/4 penuh.
  • Hias dgn telur rebus, hirisan salad kobis, hirisan cili hijau/merah, udang yg tlh digoreng tadi, bwg goreng, daun sup/bawang dan belahan limau kasturi (boleh juga dgn carikkan daging ayam)...
Bolehlah dihidangkan

0 comments:

Post a Comment