MEE REBUS


Mee_rebus

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

  • 10 ulas bawang putih- kisar
  • 15 ulas bawang kecil- kisar
  • 1/2 inci halia- kisar
  • 1/2 kilo daging- dadu kecil
  • 1/2 kilo ubi kentang - Rebus dan kisar
  • 200gm udang kering
  • 4-5 sudu cili kisar
  • 4-5 sudu cili sos
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit serbuk kunyit, myk masak utk menumis
  • ************
  • mee kuning( spagethi pun bole la )
  • Taugeh
  • Tauhu
  • Cili hijau
  • Telur rebus
  • Bawang goreng

Cara-cara

  • Tumis bawang putih, bwg kecil dan halia.
  • Masukkan cili dan cili sos, goreng lagi
  • masukkan udang kering kisar, kacau lagi
  • masukkan daging, kacau 5 minit
  • masukkan air secukupnya, rebus daging hingga empuk.
  • Setelah daging empuk, masukkan kentang kisar..kacau dan biarkan mendidih, perasakan dengan garam dan gula secukupnya
  • Bolehlah dihidangkan...isikan didalam sebuah mangkuk dengan mee, taugeh, telur rebus, cili hijau dan bawang goreng kemudian tuangkanlah kuah tadi...
  • kepekatan kuah ikut selera masing-masing, kalau terlalu pekat bolehlah ditambahkan air.

0 comments:

Post a Comment