PENGAT SAGU PULUT


P1130185

sesuai untuk pencuci mulut dan minum petang

Bahan-bahan ( 1 family )

  • 1 ketul gula melaka - dipotong kecil
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 250gram biji sagu- dibasuh dan toskan
  • 1 1/2 cawan pati santan
  • 1 jag air
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • sedikit garam
B) BAHAN DOH :-
  • 1 1/2 cawan tepung pulut
  • air
  • sedikit garam
  • *** uli bahan B hingga menjadi doh dan selepas itu ambil doh dan bulatkan sebesar guli dan tekan di tengah sehingga lekuk, ulang sehingga doh habis ***

Cara-cara

  • didihkan air di dlm periuk bersama gula melaka, gula pasir dan daun pandan dan masak sehingga gula hancur dan mendidih di atas api sederhana
  • masukkkan pati santan dan kacau sehingga mendidih dan masukkan tepung pulut satu persatu sehingga habis dan masak ( kenyal )
  • akhir sekali masukkan biji sagu dan garam, masak sehingga sagu menjadi jernih dan masak. sedia untuk dinikmati....
  • ****jikalau pekat tambah air ikut kesukaan anda****

0 comments:

Post a Comment