NASI GORENG OREGANO


Lyyn

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • Nasi putih (3-4 orang makan)
  • bawang putih 3 4 ulas (ditumbuk kasar)
  • bawang merah 3 ulas & 1 lada hijau besar (dibelah2)
  • 1 sudu kecil ladahitam (ditumbuk bersama)
  • segenggam isi ayam (dipotong kecil)
  • 1/2 sudu kecil oregano
  • potongan karot
  • daun sawi secukupnya -nak guna mix vege pun tak apa
  • minyak untuk menggoreng
  • garam, gula & serbuk perasa secukupnya.

Cara-cara

  1. panaskan minyak masukkan bawang putih biarkan layu dan masukkan lada besar hijau
  2. kemudian masukkan bawang merah yg telah ditumbuk bersama lada hitam tadi tumis hingga naik bau
  3. masukkan ayam biarkan seketika dan masukkan sedikit air sehingga ayam hampir empuk
  4. Masukkan potongan karot biarkan seketika dan masukkan oregano.
  5. kemudian masukkan garam gula serbuk perasa biarkan lagi sehingga air hampir kering
  6. kemudian masukkan nasi putih bersama daun sawi
  7. sedia dihidangkan.. boleh dihiaskan bersama daun sup dan bawang goreng

0 comments:

Post a Comment