OREO CHEESECAKE


T520060503090405449

Cheesecake dengan biskut oreo

Bahan-bahan ( 1 tin kek bulat (diameter : 10 inci) )

:: BASE ::
  • 120 g Oreo biscuits yang dikisar (biskut sahaja)
  • 120 g mentega cair
:: FILLING ::

(A)
  • 2 biji kuning telur
  • 120 g gula
  • 160 ml susu
(B)
  • 250 g cream cheese
  • 2 1/2 sudu besar gelatin dicairkan dalam 6 sudu besar air mendidih
  • 250 g whipping cream (dipukul sedikit) [selalunya dijual dalam paket mcm susu kotak di bahagian diary products di supermarket]
  • 1/2 sudu besar jus limau (lemon)
  • Krim dari biskut Oreo yang digunakan dalam BASE
  • 2 keping biskut Oreo yang dipecahkan kecil (untuk menjadikan cake berbintik hitam)

Cara-cara

  1. Crust
    BASE : Campurkan biskut dan mentega. Tekankan dalam baking tin bulat yang boleh dibuka bawahnye. Letakkan dalam peti sejuk untuk membiarkan basenya mengeras.
  2. Milk
    Masak bahan-bahan dalam (A) atas double boiler. Kacau sehingga mendidih dan sebati. [Jika tiada double boiler, letakkan periuk kecil dalam periuk besar yang diisi air, pastikan tiada air masuk periuk kecil dan masak bahan2 dalam periuk kecil - mcm dalam gambar]
  3. Blend
    Pukul cream cheese sehingga lembut dan masukkan bahan-bahan lain dalam (B). Pukul sehingga sebati. Masukkan bahan (A) yg telah di'double-boil'kan tadi
  4. Tuangkan dalam Base yang disediakan dalam step 1. Sejukkan dalam peti sejuk (bukan freezer) selama 2-3 jam
  5. :: Variasi Satu ::
    kalau tanak gunakan Oreo, leh juga digantikan dengan biskut marie, tetapi gula perlu ditambah 20g
  6. :: Variasi Dua ::
    kalau nak buat Blueberry cheesecake, lepas tuangkan dalam base, masukkan 2-3 sudu besar blueberry pie filling dan kacau sedikit. Setelah kek keras, letak selebihnya di atas

0 comments:

Post a Comment