OREO COOKIES CAKE

Sumber: Maida Heatter (All About Cake)/ Mama Ella (My Cozy Kitchen)


Bahan-bahannya
  • 14 – 15 keping biskut oreo
  • 2 ¾ cawan tepung gandum, diayak
  • ½ sudu teh garam
  • 1 sudu teh baking soda
  • 8 oz mentega
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 ½ cawan gula kastor
  • 3 biji telur
  • 1 cawan sour cream
Cara-caranya
  • Potong biskut oreo menjadi 4 keping setiap satu. Ketepikan.
  • Ayak bersama tepung gandum, baking soda dan garam. Ketepikan.
  • Pukul mentega sehingga ia lembut dan kembang. Masukkan gula dan pukul sehingga ia kembang dan rata.
  • Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga adunan mentega sebati.
  • Masukkan bahan-bahan kering yang telah diayak tadi, diselang seli dengan sour cream. Gaul kaup ratakan menggunakan spatula sehingga sebati.
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
  • Masukkan adunan yang plain didalam cupcake/ loyang – lapisan bawah. Lakukan sehingga adunan semua habis digunakan.
  • Masukkan biskut oreo yang telah dipotong kedalam adunan yang lagi satu dan gaul perlahan untuk disebatikan.
  • Masukkan adunan ini diatas cupcake/ loyang yang telah disediakan dengan adunan plain tadi dan ratakan.
  • Bakar selama 45 minit atau sehingga ia masak menggunakan suhu 200’C.

Nota D: Sekiranya ketuhar anda jenis yang panas suhunya, boleh kurangkan suhu kepada 170’C – 180’C.

0 comments:

Post a Comment