PAPRIK THAI

Sumber: Kak Efkay (FRD)
Paprik Thai diberi nama, gandingan ayam dan juga sayur-sayuran yang sesuai untuk hidangan seisi keluarga.


Bahan-bahannya
  • 1 dada ayam
  • 1 btg karot
  • 1 mangkuk kecil bunga kobis
  • 5 btg kacang pjg
  • 4-5 helai daun limau purut (kalau tak suka kurangkan)
  • 2 btg serai (ketuk)
  • 5 biji cili padi
  • 2 sb paste cili (kalau suka pedas lebihkan)
  • 2 sb sos cili
  • 3 sb kicap manis
  • 3 sb sos tiram
  • air sedikit
  • 1 labu bwg besar (mayang)
  • 2 ulas bwg putih (belah 2 then pepah dgn pisau)
  • garam (optional)
Cara-caranya
  • Tumis bawang besar, bawang putih then tepikan dalam kuali. Masukkan paste cili dan tumis sehingga garing dan satukan dengan bawang tadi.
  • Masukkan daun limau, cili padi, serai wangi dan masukkan ayam.
  • Kemudian masukkan sos cili, sos tiram dan kicap.
  • Akhir sekali masukkan sayur dan jika kering boleh tambah sedikit air dan perasakan masakan dengan garam, jika perlu.

0 comments:

Post a Comment