Pati Budu Ala Tradisi (Original)

21-04-07_1427

ini cara2 nak buat pati budu..

Bahan-bahan ( 1 bekas )

  • 1 kg ikan bilis (Bersihkan.Jangan tos air hingga kering)
  • Garam kasar secukupnya
  • Segenggam asam jawa (isi sahaja)

Cara-cara

  • Bahagikan garam kepada 5 bahagian.Taburkan bahagian pertama garam di dasar bekas biar rata (bekas utk memerap budu).Seeloknya pakai bekas tembikar/porselin.
  • Gaulkan ikan bilis dengan asam jawa sampai rata. Bahagikan kepada 4 bahagian.
  • Taburkan ikan bilis ini di atas lapisan garam dalam bekas tadi.Kemudian taburkan pula selapis garam lagi di atas ikan bilis pula.Buat hingga abis.Buat berlapis-lapis sehingga akhirnya lapisan garam.
  • Tutup permukaan bekas dengan kain kasa (lampin bayi pun boleh).Biarkan kain ini tegang di permukaan mulut bekas.Kemudian tutup bekas ini dengan penutupnya dengan ketat.Simpan di tempat gelap selama 1 bulan atau hingga semua nya hancur.Jangan dedah kepada cahaya atau udara luar kerana ini boleh mengakibatkan budu berulat.Sesekali jenguk lah hasilnya.Tetapi jangan di kacau.
  • Bila semuanya sudah hancur, tapiskan pati budu ini dan gunalah seperti biasa.Simpan dalam peti sejuk.

0 comments:

Post a Comment