TALAM UBI


Dsc_6762

Kuih tradisional melayu

Bahan-bahan ( 1 Loyang )



Untuk bahagian bawah
  • 500g ubi parut (diperah airnya)
  • 150g gula timbang
  • 200ml air
  • 100g kelapa parut
  • 1/2 sudu teh garam

Untuk bahagian atas
  • 800g santan
  • 40g tepung gandum
  • 80g tepung beras
  • 50g gula pasir
  • 1/2 sudu teh garam

Cara-cara

Untuk membuat bahagian bawah

  • satukan semua bahan-bahan dan digaul rata.
  • Masukkan di dalam loyang bulat yang berukuran 20cm. Sapukan sedikit minyak di loyang.
  • Kukus selama 30 minit.

Untuk membuat bahagian atas

  • satukan semua bahan-bahan dan dikacau rata.
  • Masakkan di atas api perlahan. Kacau supaya tidak bergentel dan masakkan sehingga naik wap.
  • Tapiskan dan tuang ke atas bahagian ubi yang sudah di masak tadi. Bahagian ubi tadi hendaklah di cucuk sedikit dengan garfu supaya bahagian atas nanti tidak "lari" dari bahagian bawah.
  • Tutup loyang dengan kertas timah supaya air wap tidak jatuh ke atas bahagian atas kukusan.
  • Kukus selama 30 minit atau sehingga bahagian atas masak.
  • Keluarkan loyang dari kukusan dan sejukkan sebelum di potong.

0 comments:

Post a Comment