PESTO ASIANA


P1170004

Lagi Italian resipi yang diubahsuai guna Asian herbs…

Bahan-bahan ( 4 orang )

Sos Pesto :
  • Daun ketumbar – anggaran RM2-RM3 (a bunch)
  • 3 – 4 ulas bawang putih
  • 100-200g kacang gajus (cashew nuts) – panggang (toast) keperangan
  • 1 cawan minyak zaitun atau lebih
  • 1 kiub pati stok ayam (boleh juga ganti dengan 2 sudu liquid chicken stock) - optional
  • Sedikit parutan keju parmesan – optional
  • Pasta pilihan direbus mengikut packet instructions (saya suka pakai spaghetti, fettucini atau penne)

Cara-cara

Buat sos dulu :
  • Dengan menggunakan food processor atau blender, kisar daun ketumbar, kacang gajus, bawang putih dan kiub ayam (jika suka).
  • Kemudian masukkan minyak zaitun sedikit demi sedikit hingga membentuk emulsi dan bersos.
  • Tambah minyak zaitun jika nampak sos terlampau pekat.
  • P1170008 Tuang ke dalam bekas yang boleh ditutup kedap udara kerana lebihan sos boleh disimpan dalam peti sejuk up to seminggu.
Untuk menghidang :
  • Toskan pasta yang direbus tadi ke dalam mangkuk/pinggan hidang.
  • Campurkan 2 sudu besar sos pesto -kalau suka lebih sos, tuangla banyak-banyak :-)
  • Gaulkan rata dengan pasta yang masih panas, kemudian taburkan parutan keju parmesan (jika suka).
  • Siap untuk dihidang, makan panas-panas. Selamat mencuba!
NOTA 1 :
  • Resipi Italian asal guna fresh basil dan pine nuts.
  • Jika anda ada bahan-bahan tu boleh juga cuba pakai, cara buat sama saja
NOTA 2 :
  • Sos memang kaler hijau, tapi rasanya sedap.
  • Perfect untuk anda yang inginkan kelainan!

0 comments:

Post a Comment