PUDING PERMATA


Puding_permata

Dapat dari buku resepi. Sedap...

Bahan-bahan ( Loyang 7in x 7in )

** Bahan untuk agar-agar :
  • 300ml air
  • 200ml susu cair (saya guna susu segar)
  • 125gm gula pasir
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu besar serbuk agar-agar

** Bahan untuk kastad :

  • 500ml air
  • 400ml susu cair / susu segar
  • 250gm gula pasir
  • 10gm serbuk agar-agar
  • 1 1/2 sudu besar tepung kastad - dibancuh dengan 3 sudu besar air

Cara-cara

** Untuk agar-agar :

  • Masak susu dan gula pasir hingga mendidih. Masukkan serbuk koko dan kacau rata. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih.
  • Tapis agar-agar ke dalam loyang dan sejukkan. Apabila telah sejuk, potong dalam bentuk dadu yang comel-comel. Ketepikan kejap.

** Untuk kastad :

  • Masak air, susu dan gula hingga mendidih. Masukkan bancuhan tepung kastad dan kacau hingga sebati. Masukkan pula serbuk agar-agar dan masak hingga mendidih dan pekat.
  • Tuang bancuhan kastad ke dalam loyang (bukan dalam loyang agar-agar tadi) dan masukkan pulak agar-agar yang dipotong dadu tadi. Sejukkan hingga keras.

0 comments:

Post a Comment