Rendang daging


Rendang-daging

Dapat resepi ni dari kawan. 1st time try.. terus terpikat! Tak kering macam rendang biasa.


Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 1kg daging- potong kecik-kecik
  • 2 peket kecik rempah kurma
  • 1/4 cawan kerisik
  • 1 biji kelapa-ambik santannya
  • garam
  • gula melaka / gula
  • sedikit air asam jawa

****BAHAN KISAR**
  • 2 labu bawang besar

  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 1-1/2cm halia
  • 1-1/2cm lengkuas
  • 15-20 biji cili kering

***BAHAN MAYANG ***
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit

Cara-cara

  • Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  • Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
  • Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
  • Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  • Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
  • Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.

  • PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.

0 comments:

Post a Comment