SEPAHAT GORENG BERLADA


Pic_112_

sejenis makanan laut yang esotik..

Bahan-bahan ( 200g sepahat )

  • 200g Sepahat (sejenis siput berbentuk buluh)
  • 3 sudu cili boh
  • 2 sudu sos tiram
  • 2 ulas bawang putih cincang
  • 2 batang serai
  • Garam & Gula secukup rasa
  • Bawang besar (potong bulat)

Cara-cara

  • Cuci dan rebuskan sepahat sehingga empuk. Kemudian toskan airnya.
  • Tumis bawang putih dan cili boh hingga garing. Kemudian masukkan sos tiram dan serai (ketuk).
  • Bubuh garam & gula secukup rasa, kemudian masukkan sepahat dan gaul rata.
  • Akhir sekali masukkan bawang potong bulat sebagai hiasan. Jika mahu lebih kuah, tambahkan sedikit air, tutupkan kuali dengan api kecil sehingga mendidih. Siap untuk dihidang.


0 comments:

Post a Comment