SOUFFLE CHEESECAKE


Soufflecheesecakek

Souffle cheesecake with jam

Bahan-bahan ( 20 biji(S size) )

  • *60g tepung gandum
  • *25g gula halus
  • 200ml susu segar
  • 60~80g cream cheese
  • 4 biji telur kuning
  • 80g mentega
  • 4 biji telur putih
  • 70g gula halus
  • jem aprikot dan blueberry secukupnya

Cara-cara

  1. Soufflecheesecake1
    Letakkan susu dan cream cheese yang dipotong kecil-kecil ke dalam periuk. Dengan api sederhana, panaskan susu sehingga mendidih. Kemudian padamkan api. Kacau sehingga cream cheese cair.
  2. Soufflecheesecake2
    Kemudian masukkan butter dan telur kuning. Kacau sehingga sebati.
  3. Soufflecheesecake3
    Masukkan pula bahan (*) yang telah diayak. Kacau lagi.
  4. Sediakan meringue. Masukkan telur putih ke dalam mangkuk. Pukul sehingga berbuih. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil dipukul. Untuk cara lebih detail sila rujuk resipi meringue oleh nure.
  5. Panaskan oven sehingga suhu 180 degree.
  6. Soufflecheesecake4
    Masukkan 1/3 daripada meringue tadi ke dalam (2). Penaikkan dengan balloon whisk atau hand mixer.
  7. Soufflecheesecake5
    Kemudian masukkan pula 1/3 meringue lagi. Kacau dengan kaedah kaup balik. Masukkan pula meringue yg selebihnya. Kacau lagi.
  8. Soufflecheesecake6
    Isikan adunan ke dalam muffin cup 1/2 penuh. Kemudian letakkan sedikit jem kat tengah. letak lagi adunan sehingga 80% penuh.
  9. Isikan oven plate dengan sedikit air suam. Bakar dengan suhu 180 degree selama 15~20 minit. Turunkan suhu ke 140 degree. Bakar lagi selama 30 minit.
  10. Bila dah masak, bolehlah sapukan permukaan dgn jem aprikot untuk nampak berkilat.
  11. TIP: Boleh juga bakar dalam loyang 18cm. Tak perlu letak jem sebab nampak tak cantik bila dipotong. Rasanya tetap sedap walau tanpa jem.

0 comments:

Post a Comment