Udang Masak Sos Prego


Dsc00555

Resipi Mak Mertua


Bahan-bahan ( - )

  • 700gm udang
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang kecil
  • 1 inci halia
  • 1/2 ulas bawang besar
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji cili hijau
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 cawan sos Prego
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu makan gula
  • Daun bawang
  • Sedikit perasa

Cara-cara

  • Tumbuk bawang putih, bawang kecil dan halia
  • Hiris cili merah, cili hijau, bawang besar dan lobak merah.
  • Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang putih, bawang kecil dan halia yang ditumbuk tadi sehingga kekuningan.
  • Kemudian masukkan cili hijau, cili merah dan bawang besar.
  • Tumis sehingga naik bau barulah masukkan lobak merah.
  • Setelah itu masukkan udang dan gaulkan sehingga masak.
  • Kemudian masukkan sos Prego, air, garam, gula dan sedikit perasa. Masak sehingga sedikit pekat.
  • Akhir sekali masukkan taburkan daun bawang. Setelah siap, bolehlah dihidang.

0 comments:

Post a Comment