Ais krim bakar


Dsc00216

mudah disediakan... hehehe tukar nama yang mudah ler ;)

Bahan-bahan ( 4-6 orang makan )

  • 20cm sponge flan (atau apa2 kek pun boleh)
  • 2 sudu makan jam strawberi
  • 500ml ais krim (ikut suka nak perasa apa)
  • 175gm gula kastor
  • 3 biji putih telor
  • secubit garam

Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 220-240c terlebih dahulu. Kemudian pukul putih telor+gular+secubit garam ---> hingga jadi maringue.
  2. Dsc00200
    Sementara mixer bekerja memukul putih telor, sapukan cake dengan jam stroberi
  3. Dsc00201
    Kemudian sapukan ais krim ke atas kek tadi dan buatlah bentuk 'dome'
  4. Dsc00202
    Sapukan maringue menutupi ais krim dengan cepat - takut cair :D
  5. Dsc00203
    Ratakan maringue dan pastikan jangan ada sebarang lubang - nanti cair lak ais krim tu masa dalam oven ;)
  6. Dsc00207
    Bakar sehingga maringue kekuningan...
  7. Dsc00210
    Potong ikut suka - bolehlah dihidangkan segera
  8. Dsc00215
    ermmmm tak sampai 5 mins masak dah tinggal 1/2 :D (kanak2 memang suka ni...)

1 comments:

Fatimah Khairudin said...

Kakak.. BAkar meringue tu api atas bwah atau api atas je??

Post a Comment