Bahan-bahan ( 10 biji roll )
BAHAN2 A:15 biji Kuning Telur
6 biji Putih Telur
250g Gula halus
200g Tepung Hong Kong / superfine
1 camca Ovalette
50g Tepung Jagung
BAHAN2 B:
450g Mentega
4 camca Susu pekat manis
1 tin kecil Seri kaya
BAHAN C:
Pewarna Merah, Hijau, Kuning
BAHAN2 KULIT:
10 biji Kuning telur
4 biji Putih telur
150g Tepung Hong Kong
150g Gula Kastor
20g Tepung Aiskrim
1 camca Ovalette
1 camca teh serbuk penaik
50ml Air ais
125ml Mentega cair
1 botol jem strawberi
Cara-cara
- Pukul kesemua bahan A dgn kelajuan tinggi sehingga kembang & bertali. Pukul bahan B di tempat berasingan sehingga kembang. Campurkan kedua2 bhn. Bahagikan kpd 3 warna & bakar dlm acuan 8 1/2 x 8 1/2 x 1 inchi setiap satu warna berasingan. Bila dah sejuk potong jalur2 selebar 3/4 inchi. Lepas tu belah dua setiap jalur menjadi jalur 3 segi seperti gambar. Susun menjadi bentuk kipas seperti dlm gambar & lekatkan setiap lapis dgn jem.
- Utk kulit roll, pukul semua bhn kecuali mentega & jem, dgn kelajuan tinggi sehingga kembang & bertali. Masukkan mentega. Tuang & ratakan 2 senduk adunan dlm tin & bakar. Angkat & letak atas tuala bash. Sapukan jem & letak roll tadi. Gulung dgn kemas. Bakar & gulung sehingga habis.
- Selamat mencuba. Remeh sikit nak buat tapi puas hati bila dah jadi. Kalau nak beli mahal bukan main.
- Ini dia gambar alat utk memotong kek lapis berbagai saiz - ada 1.5, 1, 3/4 & 1/2 inci. Alt ini di letak atas kek & potong dgn pisau yg tajam.
0 comments:
Post a Comment