MAKARONI BAKAR ALA PIZA


Dsc_0066__small_

resepi ni reka sendiri, masa tengah lapar dan teringin makan masakkan barat.

Bahan-bahan ( 4 orang makan )

  • 1 cawan Makaroni jenis siput/tiub
  • 1 biji telur ayam
  • 1/2 cawan susu cair
  • Cheese(biasa saya guna yang dah mix punya)
  • daging ayam/lembu cincang-anggaran sendiri.
  • tomato puree 1 tin kecil.
  • 1 biji tomato-di dadu
  • bawang besar kuning-didadu
  • cili bengala & tomato,cheese sebagai hiasan,
  • oregano dan lada hitam.
  • garam & gula

Cara-cara

  1. Rebus makaroni sampai masak. toskan
  2. Masuukan daging/ayam cincang-rebus sampai masak
  3. Bila ayam/daging cincang dah masak, masukkan tomato puree-kacau rata.
  4. Bila dah rata masukkan garam, gula, lada hitam secukup rasa, masukkan cheese parut sedikit supaya adunan agak melekit.
  5. Masukkan makaroni dan gaul rata. matikan api.
  6. Dalam loyang pembakar isikan campuran tadi dan ratakan/padatkan.
  7. pukul telur bersama susu cair dan tuangkan keatas campuran tadi hingga sekata.
  8. Dsc_0060__small_
    Selepas itu bolehlah ditaburkan dengan cheese, tomato dan cili bengala serta oregano. Beginilah rupanya sebelum dibakar
  9. Bakar lah selama 25 minit. Bila sudah agak garing bolehlah dihidangkan. Best makan time panas-panas.


0 comments:

Post a Comment