SHORTBREAD HEART


Imgp2210a

Sesuai untuk jamuan khawin atau valentine's day... dah dekat ni. Resepi dari majalah New Idea. Lepas makan biskut ada gula2 kat mulut... sweeeet!!

Bahan-bahan ( 70 biji )

  • 250gm mentega tanpa garam (pada suhu bilik)
  • ½ cawan gula halus
  • 2½ cawan tepung gandum
  • ½ cawan tepung beras
  • 70 biji gula-gula berwarna, yg keras (clear-coloured) >pecah2kan klu terlalu besar

Cara-cara

  • Pukul butter degan gula sehingga gebu.
  • Masukkan tepung yg diayak dan kacau sehingga jadi doh lembut.
  • Bahagikan doh kepada dua, balut degan plastic dan simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
  • Panaskan oven, 180C.
  • Keluarkan sebahagian doh dan canaikan setebal 1/2 cm. Boleh tambah sedikit tepung supaya tidak melekit.
  • Guna 7cm cutter (bentuk jantung) potong satu keping doh. Letak doh tu kat atas tray oven yg dilapis dgn baking paper.
  • Guna 4cm cutter potong bentuk jantung di tengah-tengah bentuk jantung yg dipotong tadi. Ulang sampai habis.
  • Bakar selama 5 minit, letak sebiji gula-gula kat tengah-tengah setiap biscuits. Jika gula2 terlalu besar letak 1/2 biji. Bakar 5 minit lagi atau sehingga gula2 dah cair.
  • Biar sejuk dalam tray atau keluarkan degan paper sekali dan biar sejuk atas rack.

0 comments:

Post a Comment