Sekali-skala tukar selera...satu lagi resipi guna tepung gandum :)
Bahan-bahan ( 3 keping pizza [saiz kecil] )
Pizza base:Bahan A
- 250g tpg gandum
- 2 sdk instant yeast
- 1 sdk garam & 1 sdk gula
Bahan B:
- 1 ½ sdb shortening
- ½ cwn air suam2 sejuk
- 1 biji telur
Inti Pizza:
- 250g minced meat (ayam)
- ½ biji bawang besar yg kuning tu + 2 ulas bawang putih (dua2 potong dadu)
- 1 sdk dried oregano
- 1 sdk dried pizza seasoning
- 2 sdb sos tomato & 1 sdb sos cili
- 1 sdb minyak untuk menggoreng
- Garam secukupnya
Topping Pizza:
- 1 biji tomato
- 1 biji capsicum hijau
- 1 cwn cendawan butang
- Keju mozarella yg diparut
Cara-cara
Cara buat pizza base:Gaul rata smua bhn A (guna tangan). Kmudian tambahkan shortening. Gaul lagi smpai dia jadi berbiji2 kemudian masukkan air & telur; dan gaul lagi.
Uli sampai lembut, sekitar dlm 30min, pastu buat bentuk bulat (satu tu je) & rehatkn doh dgn meletakkan ia dlm bekas, ditutupi dgn cling foil. Rehatkn dlm suhu bilik smpai saiz doh naik sekali ganda, biasanye dlm 15-20min. Lepas doh naik, tumbuk2 kan doh utk kuarkan angin.
Pastu bahagikn pada 3 bhg (terpulang sbb saya buat 3 pizza lebih kurang saiz kecik gitu), buat bulat then leperkn guna rolling pin, ikut saiz yg u all nak, dan biarkan dia naik sket (dlm another 10min gitu). Bila naik tu ia xtebal sgt, 1 - 1.5cm (sbb nk dtpkn pizza yg rangup sket)
Cara buat inti pizza:
Panaskan minyak dlm kuali, mskkan bwg putih & merah, masak hgga layu je then masukkan minced meat then kacau2. Lepas dlm 2 minit, tmbah garam, sos, oregano, pizza seasoning, kacau2 then masakkn sampai ia membeku pastu baru tutup api & put aside.
Cara sediakan topping pizza:
Potong dadu tomato & capsicum. Cendawan butang tu terpulang nk potong empat atau nipis2 (veggy utk topping blh tukar/tambah ikut slera msg2).
Cara nk bakar pizza (mgkn ada cara berbeza tp ni cara saya buat):
Panaskan oven dulu, dlm 170ºC (suhu oven may vary, sbb mine cam cpt panas, kene pandai2 sdiri).
Sapu sos tomato ke serata atas pizza base, pastu letakkan inti td then taburkan smua campuran topping. Parut sket mozarella atas pizza (sket je tau).
Bakar dlm 10min je (atau hgga base tu masak), pstu bwk kuar sekejap, then baru parut dgn jayanya mozarella atas pizza tu. Kemudian masukkn balik dlm oven, bakar sekejap je tau, iaitu smpai mozarella tu cair sikit then bwk keluar dr oven. Siap utk dihidang...dan makan.
0 comments:
Post a Comment