KEK COKLAT KUKUS CHEESE


P4260100

Tambah koleksi kek coklat anda

Bahan-bahan ( 10 x 10 )

Bahan A
  • 150gm butter
  • 100gm coklat masakan
Bahan B
  • 10 biji kuning telur - Gred A
  • 5 biji putih telur
  • 225gm gula castor
  • 1 sudu besar ovalette (bumbun)
Bahan C
  • 125gm tepung gandum/superfine
  • 25gm tepung jagung
  • 1 tsp baking powder
  • 30gm serbuk koko
  • 1 sudu besar coklat emulco
Bahan untuk lapisan cheese
  • 250gm cream cheese
  • 100gm coklat masakan putih
  • 2 biji telur gred A
  • 30gm tepung gandum/superfine

Cara-cara

  1. Cairkan bahan A dan sejukkan.
  2. Campurkan semua bahan B dan pukul sehingga gebu dan bertanduk.
  3. Masukkan bahan C dan gaul sebati. Gaul mengunakan spatula.
  4. Kemudian masukkan bahan A yang telah sejuk sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
  5. Untuk lapisan cheese. Masukkan semua bahan dan pukul sehingga gebu.
  6. Sediakan acuan. Sapukan acuan dengan butter dan alas dasar dengan kertas.
  7. Bahagikan adunan coklat kepada 2. Masukkan bahagian 1 kedalam acuan dan tutup dengan aluminium foil. Kukus kek selama 20 minit.
  8. Selepas 20 minit. Periksa kek. Sentuh atas kek dan jika kek tidak basah bermakna kek telah sedia untuk lapisan kedua. Lapisan kedua - masukkan adunan cheese. Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit. Lapisan cheese dah masak, bolehlah masukkan bahagian ke 2 kek dan kukus lagi selama 20 minit. Jangan lupa untuk tutup kek dengan aluminium foil sebelum mengukus. Tips : Pastikan dan periksa kek telah masak sebelum tuang lapisan ke 2 dan seterusnya kerana kek sangat lembut dan bimbang2 jika kek tidak masak adunan akan mendap.
  9. Kalau suka boleh la ganache kan kek. Yang ini kak ogy x ganache kek sb anak2 suka jugak kalau kek kosong je. Selamat mencuba.

0 comments:

Post a Comment