BISKUT SUGEE LEBARAN


Pa010013

resipi ibu tercinta, sekali tgk macam kuih makmur tapi bukan. Suka hati nk sebut apa biskut boleh kuih pun boleh


Bahan-bahan ( 110-115 biji )
  • 454gram minyak sapi ( saya guna jenis QBB )
  • 700 gram tepung gandum
  • 1 butir kuning telur
  • 1 sudu gula halus/icing
  • * 1 mangkuk kecil gula halus/icing untuk hiasan.

Cara-cara

  1. pukul kuning telur bersama 1 sudu besar gula halus/icing sehingga sebati kesemuanya
  2. masukkan minyak sapi dan gaul sehingga rata bahan tadi
  3. Pa010002
    masukkan tepung gamdum dan gaul sehingga menjadi doh dan sehingga boleh di bentuk. * Jikalau adunan masih lembik tambah tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga boleh dibentuk. Jangan terlalu keras*
  4. Pa010003
    bentukkan doh tadi bulat-bulat sehingga selesai
  5. bakar pada suhu 170c selama 15-20 minit sehingga bawahnya kekuningan
  6. Pa010006
    setelah masak angkat dan sejukkan sebentar dan akhir sekali golekkan biskut/kuih ke dalam gula halus/icing sehingga selesai dan simpan kedalam bekas kedap udara .

0 comments:

Post a Comment