MAKMUR LEBANESE


Makmur_lebanese

Makmur bukan sebarang makmur.. asal dari Lebanon.. hehe


Bahan-bahan ( 120 - 150 biji )
  • 580 gram tepung gandum
  • 50 gram tepung jagung
  • 350 gram ghee
  • 190 gram gula halus
  • 1 sudu teh vanilla
  • 1 biji telur
  • 100 -150 gram kacang pistachios, dibakar terlebih dahulu dan tumbuk kasar

Cara-cara

  • Gaul sehingga sebati ghee, gula dan vanilla.
  • Kemudian masukkan telur dan digaul sehingga sebati.
  • Masukan bahan-bahan yang lain dan adun sehingga menjadi doh.
  • Terap mengikut bentuk yang anda suka dan bakar pada suhu 170 – 180 darjah C sehingga masak.

0 comments:

Post a Comment