BLUEBERRY COOKIES


Cookies

drop cookies


Bahan-bahan ( anggaran 30 biji )

  • 240g tepung
  • 1sk baking powder
  • 1 biji telur
  • 80g gula halus
  • 60g gula perang
  • 1/2 biji kulit lemon-parut
  • beberapa titik esen vanila
  • 100g mentega - suhu bilik
  • 100g blueberry

Cara-cara

  1. Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim
  2. Campurkan kedua-dua jenis gula. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam mentega tadi sambil dikacau.
  3. Pukul telur dengan garfu dalam 3-4 kali. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan mentega tadi. Kacaukan.
  4. Masukkan pula kulit lemon yang diparut dan juga esen vanila. Kacaukan.
  5. Ayak tepung dan bp. Lepas tu masukkan ke dalam adunan mentega. Masukkan juga blueberry. Kacau rata.
  6. Alas dulang dengan oven peper. ambik satu sudu adunan dan dropkan ke atas oven peper tadi. Buat sampai habis. Tekan sedikit cookies dengan bahagian bawah sudu untuk jadi rata. Sebelum tu, celupkan bahagian bawah sudu ke dalam tepung.
  7. Bakar dalam oven selama 10-12 minit dengan suhu 180C

0 comments:

Post a Comment