Biskut Bebola Flinestone


00350019

Biskut untuk raya haji ni.


Bahan-bahan ( Anggaran 75-80 biji )
  • 350 gram tepung gandum
  • 120 gram tepung kastad
  • 225 gram mentega
  • 120 gram gula perang (yg halus) kalau kasar kisar dahulu.
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu besar golden syrup
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat.

  • Kacang untuk inti.Boleh guna kacang tanah,hazel atau badam.Panngang kacang terlebih dahulu.
  • Coklat masakan
  • Coklat putih
  • Sedikit lemak sayur

Cara-cara

  • Ayak tepung gandum, tepung kastad, baking powder dan soda bikarbonat.Ketepikan.
  • Pukul gula perang dan mentega hingga kembang.
  • Masukkan kuning telur , golden syrup dan esen vanilla,kacau sedikit.
  • Masukkan campuran tepung dan uli hingga rata.Bentukkan menjadi bulat kecil-kecil.Isikan inti kacang ke dalamnya.Buat hingga habis.Letakkan ke atas baking paper.
  • Bakar dalam oven hingga masak.
  • Cairkan coklat masakan secara double boiler. Masukkan sedikit lemak sayur.Kacau hingga ia cair, kemudian alihkan dari dapur.
  • Celup biskut ke dalam coklat cair tadi.Celup bahagian atasnya sahaja.Bahagian tapak tak perlu celup. Biarkan ia sejuk pada suhu bilik.
  • Cairkan pula coklat putih secara double boiler.Masukkan sedikit lemak sayur.Setelah cair,masukkan coklat putih ke dalam piping bag.Corakkan ke atas biskut.
  • Boleh juga gantikan coklat putih dengan manik atau decorative sugar,tapi pastikan tabur semasa coklat masakan masih cair.
  • Biskut ini boleh juga jika tak letak dalam mangkuk kertas.Saya letak supaya ia nampak seperti 'ada rumah' :D. Dan saya masukkan dalam mangkuk ni hanya selepas biskut sudah sejuk. Simpan dalam bekas kedap udara.

0 comments:

Post a Comment