SAMBAL TEMPOYAK MASAK


Sambal_tempoyak_masak

Masakan Nogori..... dah di"simple"kan.......


Bahan-bahan ( Utk 4 org makan )
  • 15 biji cili api (lebihkan kalau suka pedas)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 5 sudu tempoyak
  • 1 biji santan kelapa
  • Secekak pucuk ubi
  • 2 helai daun kunyit (kalau kecil 4 helai)
  • 5 batang serai
  • 15 ulas Petai (jika mahu)
  • 15 ekor ikan bilis
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

  • Cili api ditumbuk lumat bersama kunyit.
  • Daun kunyit, pucuk ubi dan serai di mayang halus.....mcm buat bunga rampai tu....
  • Masakkan cili, santan, ikan bilis dan tempoyak di dlm kuali. Biar sampai menggelegak.
  • Masukkan daun2 yg telah di mayang juga petai.
  • Rasakan garam. Kalau suka masam lebihkan tempoyak lagi.
  • Masak sehingga santan menjadi pekat.
  • Makan dgn nasi panas2 pun sodap......

0 comments:

Post a Comment