Kek Keju Coklat Beroren (baked)


P1010001

Weekend ari tuh buat, nak share experience. Resepi asal dari Betty Saw – buku Petua Dari Dapur.

Bahan-bahan ( Saiz kek 22 cm )

  • KULIT
  • 150g biskut digestive
  • 90g mentega, dicairkan
  • INTI
  • 120g coklat gelap - suhu bilik
  • 125ml krim (whipping cream atau fresh cream)
  • 500g keju krim (saya pakai 2 kotak Philadelphia creamcheese) – suhu bilik
  • 180g gula halus (castor sugar)
  • 2 sudu teh parutan kulit oren
  • Secubit garam
  • 3 biji telur
  • 1 sudu besar jus oren

Cara-cara

  1. Griskan acuan springform (loyang cheesecake) berukuran 22 cm dengan sedikit mentega. Panaskan oven pada 160 darjah Celcius.
  2. Mcvities_digestive_250g
    Hancurkan biskut (gambar tu brand yg I gunakan) hingga menyerupai serbuk roti, kemudian masukkan butter cair, kacau rata (sy guna food processor, blitz 2-3 kali, masuk butter cair n blitz lagi sampai rata).
  3. P1010008
    Tekan kulit biskut ke dalam loyang sampai padat (macam dalam gambar nih). Masukkan dalam peti sejuk sementara menyediakan inti.
  4. Cairkan coklat samada menggunakan cara double boiler ( dalam mangkuk atas periuk berisi air mendidih dimasak guna api kecil) atau pakai microwave. Jika guna microwave, anggaran 1-2 minit, mesti jenguk selalu takut hangus. Keluarkan dan campur sedikit butter untuk bantu coklat tu cair.
  5. Bila coklat dah cair, masukkan krim, kacau hingga sebati. Ketepikan hingga sejuk.
  6. P1010003
    Pukul keju krim hingga lembut dan gebu. Masukkan gula, kulit oren dan garam, pukul sebati. Masukkan pula adunan coklat sikit demi sikit, akhir sekali masuk jus oren, pukul rata.
  7. P1010007
    Tuang adunan inti ke dalam acuan yang berisi kulit kek yang dah disejukkan tadi. Bakar dalam oven selama 50-60 minit sehingga bahagian tengahnya agak keras tapi masih bergoyang (wobbly).
  8. Tutup api oven, dan biarkan sejuk di dalamnya dengan pintu oven terbuka sedikit. Kemudian, sejukkan dalam peti sejuk selama dua jam atau semalaman (for best results).
  9. TIPS 1 : Resepi asal kata kena pakai ‘coklat gelap’. I hentam pakai cooking chocolate Vochelle je, bila siap I rasa terlebih manis, walaupun gula dah ikut sukatan. So, moral of the story, ‘coklat gelap’ tu bukan le cooking/baking chocolate yang biasa didapati di supermarket kita ni. Mesti jenis bittersweet yang ada at least 70% cocoa solids. If nak pakai jugak cooking chocolate biasa, saya sarankan kurangkan sukatan gula kepada 150-160 gram sahaja sebab cooking chocolate tu agak manis.
  10. TIPS 2 : Hasil cubaan kali ni agak lembik (terlebih creamy) sebabnya I sayang nak buang whipping cream (sekotak 200ml, resepi cuma perlukan 125ml je), so I masuk semua hehe...again, moral of the story, kena ikut sukatan resepi betul-betul ya puan-puan…:-)
  11. TIPS 3 : Kalau pakai loyang kecil, boleh cuba separuh sahaja sukatan bahan dalam resipi ini.

0 comments:

Post a Comment