PUDING COKLAT & MARBLE PUDDING


Mielamont-puding_choc

Bahan-bahan ( Lebih kurang 10 bekas tupperware 3inch )

  • Bahan A:
  • 1 liter air
  • 25g Agar² (satu peket Agar² kering cap burung Layang²)
  • 1 cawan Gula (boleh kurangkan jika tak nak terlalu manis)
  • Bahan B:
  • 1 biji telur
  • 1 Tin Susu Ideal
  • 750-850ml air (kalo suka lembut, bole tambahkan air lebih sikit max 1 litre, nanti jadi lembut sangat susah nak kuarkan dari acuan)
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2-3 titik esen vanila
  • Bahan C:
  • 4 Sudu Besar Serbuk Koko Van Houten

Cara-cara

  1. Cuci agar² dan masak bersama air. Masak diatas api sederhana. Bila cair agar² masukkan gula. Masak lagi sampai gula cair...
  2. Masukkan bahan² B dalam satu mangkuk dan kacau sebati.
  3. Selepas bahan A tadi dan mendidih, kecilkan api dan masukkan Bahan B tadi. Kacau sampai mendidih. Tapi jangan mendidih terlalu lama.. nanti berketul...
  4. Asingkan sebahagian dan sebahagian lagi ditambah serbuk koko...
  5. Kacau sehingga larut/ sebati
  6. Tuang kedalam acuan (Sila tapis supaya tekstur agar² lebih halus). Untuk mendapatkan marble, tuangkan adunan coklat dan apabila agak membeku, tuangkan adunan kuning tadi untuk mendapatkan corak yang berbeza.
  7. Lepas agar² mengeras, bolehlahmasukkan dalam peti sejuk

0 comments:

Post a Comment