Hasil eksperimen...2 hari lepas
Bahan-bahan ( 1 bekas kecil )
- 2 cawan kacang hijau
- 1/2 cawan gula(kalau nak manis tambah lagi)
- kulit popia secukupnya
- 1 biji telur
- minyak masak
Cara-cara
- kacang hijau digoreng tanpa minyak hingga masak dengan api yang kecil. -buang kulit(proses ini sy tak lalui sebab sy beli kacang hijau yang memang dah tak ada kulit..kehkehkeh)
- kisar kacang bersama dengan gula hingga halus...tapis jika perlu. ketepikan.
- *********
- Kulit batang buruk....
- potong kulit popia kecil-kecil bersaiz lebih kurang 2cm x 4cm...kalau nak buat saiz lebih besar boleh aje!!
- Pukul telur sedikit..
- Gulungkan kulit popia, sapu telur di bahagian hujungnya supaya gulungan tidak terbuka. Buat hingga habis...goreng hingga kekuningan-kuningan.. -Toskan.
- Lumurkan kulit popia , dan masukkan juga ke dalam bahagian yang berongga dengan tepung kacang hijau tadi,
- Simpan dalam bekas kedap udara atau boleh lah di ngap terus!
0 comments:
Post a Comment