SUP LOBAK PUTIH


Sup_lobak__putih

Sup untuk kesihatan buah pinggang....dan juga untuk ibu2 yg menyusukan anak...

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1/2 ekor rangka ayam
  • 1 batang lobak putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • Halia
  • 1/2 sudu kecil serbuk pati ayam
  • Garam

Cara-cara

  1. Hiris bawang merah , bawang putih dan halia. Tumis dalam minyak yang sedikit.
  2. Masukkan 3 cawan air dan rangka ayam.
  3. Biar ia mendidih selama 15 minit. Masukkan serbuk pati ayam dan garam.
  4. Akhir sekali, masukkan lobak putih yang telah dihiris bulat.
  5. Biar ia mendidih sebentar dan boleh dihidangkan.
  6. Boleh dihias dengan daun bawang dan daun sup dan tabur bawang goreng semasa menghidang.


0 comments:

Post a Comment