BISKUT SAMPERIT

Bahan

  • 200 g butter
  • 150 g gula kastor
  • 2 butir kuning telur
  • 1 s/k esen vanilla
  • 340 g tepung gandum ]
  • 120 g tepung jagung ] diayakkan
  • 30 g tepung kastad ]

Cara

  • Pukul butter dan gula sehingga gula hancur dan bergaul rata.
  • Masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata.
  • Masukkan tepung yg telah diayakkkan dan gaulkan sehingga rata.
  • Masukkan adunan dalam acuan samperit dan tekan atas loyang pembakar yg telah disapukan majerin.
  • Potong anggaran 2 inci dan bakar anggaran 10 minit dalam suhu 180'C.
  • Sejukkan dahulu sebelum di masukkan dalam bekas kedap udara.

0 comments:

Post a Comment