CARAMEL MUDAH


Dscf6519-1

resepi dari makcik. teramat mudah utk dimasak

Bahan-bahan ( 12 puding cup )

  • 7 biji telur (medium saiz)
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 tin @ 350g susu cair (saya guna susu cair ideal)
  • 1 penutup botol essen vanila
  • utk gula hangus: 2 cawan gula halus + 1/2 cawan air
  • puding cup secukupnya

Cara-cara

  1. susu cair, telur dan gula dipukul hingga semua sebati
  2. setelah sebati masukkan essen vanila
  3. masak gula hangus iaitu 2 cawan gula + 1/2 cawan air. masa masak kena kacau selalu supaya tidak terlalu hangus.
  4. bila gula tadi dah nampak kekuningan atau perang sedikit terus tutup api.
  5. masukkan satu sudu gula hangus ke dalam puding cup dan masukkan pula adunan susu cair, telur, gula dan essen vanila td ke atas gula hangus. ulang hingga habis
  6. sebelum kukus pastikan air kukusan sudah mendidih. maknanya masa nak mula buat karamel ni dah start panaskan air kukusan tu. kukus adunan td selama 10 minit. bila dah masak, biarkan dia suhu bilik dulu baru masukkan ke dalam peti ais utk rasa lebih sedap.

0 comments:

Post a Comment