MACARONI GORENG


23122007492

Sekali sekala ubah selera makan macaroni goreng lak..

Bahan-bahan ( 4 )

  • 250g macaroni
  • 80g daging cincang
  • 3 s/b cili kisar
  • 5 ulas bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih(dihiris)
  • 2s/b tomato sos
  • 2 s/b sos tiram
  • 2 s/b kicap manis
  • 2s/b sos cili
  • Sayur2an-Cendawan butang, sawi, lobak, atau ape2 sayur yg anda suke..
  • gula dan garam secukupnya.
Cara-cara
  • Rebus macaroni dan toskan.
  • Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang merah dan bawang putih yg dihiris. Masukkan cili kisar. Goreng sampai naik minyak sket.
  • masukkan daging cincang. Goreng sampai daging hampir masak.Kalau kering sgt, tambah air sket.
  • Masukkan macaroni yg direbus.
  • Masukkan sos tomato, sos cili,sos tiram, kicap manis. Gaul rata.
  • Masukkan gula dan garam
  • Masukkan sayuran2, goreng hingga sebati..Siap..

0 comments:

Post a Comment