KUEH TEPUNG BUNGKUS


Bahan
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan + sikit garam
  • Daun pisang
Bahan-bahan inti:
  • 1/2 biji kelapa muda parut
  • 1 ketul gula melaka
  • 1 s/b gula
  • 1 s/b tepung gandum
  • 4 s/b air
  • 1 helai daun pandan
Cara:
  • Masakkan bahan inti kecuali tepung gandum sehingga agak kering.
  • Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan.
  • Jadikan inti bebola kecil. Ketepikan dahulu.
  • Bancuh tepung beras bersama santan. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat.
  • Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan.Lap dan bersihkan.
  • Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti.
  • Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.
  • Sejukkan dan hidangkan.

0 comments:

Post a Comment