IKAN PEKASAM



Bahan-bahannya:


  • ikan talapia/sepat/puyu/haruan/keli [yg sedang2 tu]
  • 1 cawan beras [gorengkan tanpa minyak dan mesinkan kasar]
  • 2 s/b garam halus
  • 1 cawan asam jawa

Caranya:
  • Bersihkan ikan dan toskan sehingga betul kering.
  • Gaulkan beras, garam, beras dan asam jawa dengan 1/2 cawan air.
  • Di dalam bekas [sebaiknya pasu], susun ikan selang seli antara garam campur asam.
  • Masukkan juga ramuan tu dalam perut ikan.
  • Tutupkan dengan kemas bekas ikan dan letakkan didapurs elama 2 atau 3 hari..
  • Bila dah nampak menjadi [berair] baru simpan dalam petisejuk.

Cara masak

  • JANGAN BASUH ikan pekasam.Panaskan minyak dan gorengkan terus ikan pekasamdengan api perlahan sehinggan masak dan garing.
  • Bila dah masak angkat dan masukkan dalam pinggan.
  • Lebihan minyak boleh goreng bawang dan cili hiris [ciliapi atau cili merah]
  • Tuangkan bawang dan cili goreng atas ikan. Perahkan jus limau [jika suka]
  • Sedia untuk hidangkan.


0 comments:

Post a Comment