BEGEDIL DAGING


100_1376

resipi bonda.. ni gmbr sebelum digoreng...

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 2 biji kentang
  • 120 gram daging hancur/ grounded beef
  • 1 sudu teh serbuk kari
  • 5 tangkai cili padi
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 6 keping biskut hup seng ( yg 4 segi tu)/ bole gune bread crumb
  • sedikit lada sulah dan garam

Cara-cara

  1. goreng kentang sehingga empuk. kemudian lenyekkan
  2. 100_1362
    campurkan kentang yg sudah dilenyek bersama daging, sebuk kari, lada sulah, garam dan cili padi. Gaul sehingga sebati. Bentukkn doh ke bentuk yg diingini.. biasanya saye buat bentuk cylinder or oval mcm telur tapi kecil sedikit.
  3. hancurkn biskut sehingga menjadi serbuk (jgn terlalu hancur), ketepikan
  4. pukul telur ( utk menyalut begedil) ketepikan
  5. 100_1370
    salutkan doh yg sudah dibentuk dgn tepung. kemudian salutkn dgn telur dah terus salutkn dgn serbuk biskut.
  6. 100_1376
    goreng sehingga kuning keemasan dah siap utk dihidangkn.. boleh juga simpan dlm peti ais (thn utk jangka masa up to 2 weeks)

0 comments:

Post a Comment