Agar-Agar Kering Berperisa


Pa070227

1st time buat. Hasilnye amat memuaskan. Musuh utamanyer hujan dan sang semut.



Bahan-bahan ( Banyak wei.......k ogy buat 3 adunan )

  • 50gm Agar-agar kering
  • 400gm gula pasir
  • 1 cawan gula batu
  • 8 gelas air
  • Emulco/pewarna mengikut selera masing-masing

Cara-cara

  1. Rebus agar-agar kering dengan 8 gelas air sehingga mendidih.
  2. Masukkan gula pasir dan gula batu. Biar mendidih lagi.
  3. P9260175
    Masukkan adunan kedalam loyang. Masukkan emulco/pewarna mengikut selera masing-masing. Kak ogy guna emulco strawberi untuk warna merah, pandan untuk warna hijau, pisang untuk warna kuning dan vanilla untuk warna putih.
  4. Setelah sejuk bolehlah dipotong. Jangan potong terlalu kecil sebab agar-agar mengecut selepas kering. Jemur agar-agar. Disini perlukan kesabaran ye. Sesekali balik2kan agar2 supaya kering sekata. Jemur sehingga agar-agar bersaka dan tidak melekat. K ogy jemur agar-agar ni selama seminggu.


0 comments:

Post a Comment