KUIH KERIA


Image009

Resepi mama saya.....sedap...

Bahan-bahan ( Banyak boleh dapat )

  • 7 biji ubi keledek (sederhana besar)
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • sedikit garam
  • Air
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  • Rebus ubi hingga empuk. Keluarkan kedalam bekas, lenyek-lenyekkan. biar sejuk sebentar. Campurkan garam kedalam ubi tadi dan kemudian tepung dan adun hingga boleh membentuk dan tidak melekat pada tangan (jika masih lembik, boleh tambahkan tepung)
  • Ambil adunan sedikit dan bentukkan bulat. Tekan dan buat leper sedikit (jangan terlalu leper atau nipis) dan kemudian buat lubang di tengah-tengah dengan menggunakan jari. Ulang semula hingga habis. Setelah itu, gorengkan hingga masak.
  • Masak gula dan air hingga menjadi agak likat, masukkan ubi yang telah digoreng tadi dan balik-balikan sebentar. Tutup api dan hidangkan.

0 comments:

Post a Comment