Resepi dari ibu tersayang
Bahan-bahan ( 40 biji )
- 2 1/2 cawan Tepung Beras
- 1/2 cawan Tepung Sagu
- 1 cawan Gula
- 1 sth Air Mawar
- 4 cawan Air (2 cawan campur dgn Tepung / 2 cawan masak dgn gula)
- Daun Pandan
Cara-cara
- Satukan Tepung Beras & Tepung Sagu.
- Lalu, gaulkan bersama 2 cawan air. ketepikan.
- Masak gula bersama 2 cawan air dan daun pandan hingga mendidih.
- Tuangkan air gula kedalam adunan tepung dan gaul rata. Tapiskan.
- Masukkan sedikit Air Mawar. Gaul rata. Asingkan kepada 2-3 mangkuk. Lalu warnakan dengan warna kegemaran anda.
- Panaskan kukusan, bila mendidih, letakkan acuan di dalam kukusan dan biarkan panas selama 5min.
- Lalu tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 20min.
- Sajikan bersama kelapa parut yang telah dikukus bersama sedikit garam dan daun pandan. Selamat mencuba..
0 comments:
Post a Comment