APAM JAGUNG KUKUS

Bahan-Bahan:

Bahan A

  • ½ tin jagung manis dalam tin
  • 1 cawan gula
  • 6 biji telur
  • 1 cawan majerin
  • 1 sudu teh bikarbonat
  • sedikit air

Bahan B

  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder.

Cara:

  • Adun semua bahan A sehingga sebati dengan menggunakan mesin pengisar.
  • selepas itu, masukkan bahan B dan sekali lagi adun sehingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan adunan tadi dalam loyang bulat.Kemudian kukus sehingga masak selama 15-20 minit.

Cadangan Hidangan:

  • jagung dalam tin tadi boleh juga diganti dengan kacang merah dalam tin,pisang atau apa saja perisa yang disukai.

0 comments:

Post a Comment