AYAM BOYAN BERMAYONIS

Ayam_goreng_boyan_bermoyonis

Resipi ni dapat dari sorang kakak boyan, rangup cam ayam KFC

Bahan-bahan ( 10 ketul )

  • 10 ketul ayam - jgn buang kulit
  • Bawang putih dan halia - kisar
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah / putih
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam, gula dan ajinomoto
  • Tepung beras atau tepung gandum utk salut ayam sebelum goreng
  • Mayonis dan sos untuk hias atas ayam goreng
  • p/s : Jika suka pedas boleh letak serbuk cili babas

Cara-cara

  1. Perap semua bahan-bahan di atas kecuali tepung beras/tepung gandum, kemudian perap sebentar
  2. Panaskan minyak dgn api sederhana besar - kalau boleh guna minyak yg banyak utk menggoreng
  3. Apabila minyak dah panas, terbalikkan ayam yg diperap ke dalam tepung beras, kemudian goreng sehingga masak.
  4. Last sekali boleh letak moyanis dan sos jika suka

0 comments:

Post a Comment