AYAM MASAK MADU


Ayam_madu_1

Makan dgn nasi beriani/nasi minyak & sewaktu dgn nya

Bahan-bahan ( 2-4 )

  • 1/2 ekor ayam
  • garam
  • kunyit
  • 1 sudu rempah kari ayam
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inch halia
  • bawang besar
  • cili kering
  • madu
  • gula merah
  • sos/tomato puree
  • air

Cara-cara

  • Potong ayam mengikut keselesaan. Perapkan bersama bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk, serta garam, kunyit dan rempah kari.
  • Ketuk2 ayam untuk asing dari rempah perapan. Simpan bhn perapan untuk kuah. Goreng ayam hingga masak, ketepikan.
  • Panaskan minyak, goreng bawang besar hingga layu. Masukkan lebihan rempah perapan tadi dan cili kering. Tumis hingga terbit minyak.
  • Masukkan tomato puree, madu, gula merah & air. Kacau.
  • Jika hendak ayam lembut, masukkan semasa masih banyak kuah . Jika hendak garing, tunggu kuah pekat baru masukkan ayam.
  • Siap untuk dihidang. Boleh taburkan bwg goreng atau daun sup.

0 comments:

Post a Comment