Biskut Badam Berkismis

Bahan-Bahan:

  • 1 ¼ cawan mentega
  • 1 cawan gula
  • 2 biji telur
  • ½ cawan badam halus
  • ½ cawan kismis hitam
  • ½ cawan tepung jagung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Tepung gandum ikut lembut

Cara:

  • Pukul rata mentega dan gula. Masukkan telur dan kacau lagi. Campur semua bahan lain dan tepung sedikit-sedikit hingga adunan lembut dan boleh dicanai. Terap ikut acuan disukai. Sapu kuning telur dan hiasi dengan badam.

0 comments:

Post a Comment