BISKUT BELIMBING

Bahan-Bahan:
  • 150 gm tepung gandum
  • 30 gm majerin
  • 1 biji kuning telur Garam
  • 1/3 cawan air
  • Gula halus
Cara:
  • Gaul tepung dengan majerin, garam dan telur hingga sebati.
  • Masukkan air sedikit-sedikit dan uli hingga lembut.
  • Canai nipis dan potong persegi kecil-kecil berukuran 2 cm x 2 cm.
  • Lipat dua menjadi tiga segi. Lipat dua lagi bahagian di belakang dan picit sedikit supaya tepung melekat.
  • Setelah habis, goreng hingga garing. Sejukkan dan golekkan di atas gula halus.

0 comments:

Post a Comment