Buah Melaka Special

Bahan-Bahan:

tepung pulut
air pandan
sedikit garam
sedikit air kapur 1 ketul ubi keledek bersiaz kecil
gula kabung/melaka dipotong kecil
kelapa parut (putih)

Cara:

1. Bancuh tepung pulut bersama air pandan, air kapur dan sedikit garam.
2. Masukkan ubi rebus yang telah direbus dan dilecek ke dalam bancuhan tepung.
3. Pastikan bancuhan tidak terlalu kering atau terlalu lembab.
4. Bentukkan bulat-bulat mengikut kesukaan anda.
5. Masukkan gula melaka yang telah dipotong tadi ke dalam tepung dan bentukkan bulat.
6. Pastikan air mendidih sebelum anda masukkan buah melaka tadi. Apabila ia timbul, bolehlah diangkat dan terus masukkan ke dalam mangkuk yang berisi kelapa parut.

Tambahan:

1. Air kapur tidak perlu terlalu banyak kerana ia akan menjejaskan rasa.
2. Ubi keledek akan membuatkan buah melaka tidak terlalu kenyal ketika dikunyah dan memberikan bunyi 'pop' ketika anda menggigitnya.

0 comments:

Post a Comment