coffee lagiiii..... ;)
Bahan-bahan ( 5 orang )
- Coffee Jelly
- 5 sudu besar gula
- 6g gelatin+ 2 sudu besar air
- 2 sudu besar instant coffee
- 1 1/2 cawan air
- Milk jelly
- 1 cawan susu segar
- 1/2 cawan fresh cream
- 3 sudu besar gula
- sedikit esen vanila
- 4g gelatin + 1 sudu besar air
Cara-cara
- Coffee Jelly:- Masukkan coffee, gula dan air ke dalam periuk. Panaskan sehingga mendidih. Kemudian masukkan gelatin yg telah dicampur dengan 2 sudu besar air. Kacau sehingga gelatin larut.
- Padamkan api dan tuang ke dalam bekas yang sesuai. Sejukkan sehingga hampir keras. Lepas tu bolehlah sediakan milk jelly.
- Milk Jelly:- Masukkan susu, fresh cream, gula dan esen vanila ke dalam periuk. Panaskan dengan api perlahan sehingga mendidih. Kemudian masukkan gelatin yang telah dicampurkan dengan air.
- Padamkan api. Kacau biarkan haba keluar. Lepas tu bolehlah tuang ke atas coffee jelly tadi.
0 comments:
Post a Comment